Jumat, 25 Maret 2011

Hukum Hooke

Hukum Hooke

Hukum Hooke menyatakan bahawa regangan spring berkadar langsung kepada daya yang dikenakan ke atasnya jika daya tersebut tidak melebihi had kenyal spring. Hukum Hooke
Benar untuk mampatan dan regangan bahan kenyal.
Rumus hukum Hooke ialah:   F = kx  , d imana  F = daya(N)  
 k = pemalar spring (Nm-1)
 x = regangan atau mampatan (m)
bahan yang mempunyai nilai k yang lebih besar ialah bahan yang lebih tegar. Daya yang lebih besar diperlukan untuk meregangkannya.
Kekuatan spring bergantung kepada:
Panjang asal spring.
Jika faktor-faktor lain adalah malar, spring yang lebih panjang akan mempunyai nilai k yang lebih kecil, iaitu spring yang lemah.
Diameter spring
Jika faktor-faktor lain adalah malar, springyang mempunyai diameter yang lebih besar akan mempunyai nilai k yang lebih kecil, iaitu spring yang lemah
Saiz spring
Dawai spring yang lebih tebal akan mempunyai nilai k yang lebih besar.
Jenis spring
Bahan spring juga mempengaruhi nilai k. spring keluli adalah lebih kuat daripada spring kuprum.
Susunan spring
Susunan spring bersiri- jika n spring yang serupa disambung secara siri, jumlah regangan kumpulan spring tersebut ialah nx   
Susunan spring selari- jika n spring yang serupa disusun secara selari antara satu sama lain jumlah regangan kumpulan spring tersebut ialah   x/n
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar